Tuesday, October 2, 2012

~C0retan Prektikum~

Pejam celik pejam celik dah nak abis prektikum saya... sedar tak sedar, saya akan meninggalkan SMK Selinsing tak lama lagi. rasa baru aje semalam saya masuk dan lapor diri kat pejabat (haha p0y0 aje, padahal xsabar dah ni nak habiskan prektikum) hehe
Sepanjang hampir 4 bulan berada di sekolah, banyak suka dan duka telah saya harungi. Awal2 jadi guru prektikal, perasaan takut, malu, teruja, gembira, excited, dan lain2 memang penuh kat dada dan minda ni. Hari 1st  lap0r diri, dah dapat jadual relief. Masuk2 kelas, huaaaa malu w0ooo...semua student duk tenung saya... tapi, saya p0sitifkan diri, dan mula menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Bermula pada hari itu, hubungan saya dengan para pelajar sangat baik, dan b0leh dikatakan hampir semua pelajar SMK Selinsing ini baik dengan saya.
Para pelajar sangat berbudi bahasa dan menghormati saya sebagai seorang guru, walaupun saya hanyalah sekadar guru prektikum (bajet ayat t0uching) keh4.... Saya diamanahkan mengajar subjek major, iaitu BM tingkatan 2A2 dan 2A3.

2 kelas ini tersangat berbeza, kelas 2A2 boleh dikatakan sedikit matang berbanding kelas 2A3. Kelas 2A2 tidak susah untuk dikawal kerana mereka mendengar kata, tetapi kelas 2A3, huh!! Jem kepala, naik darah, stress sesangat. Pelajarnya terlalu aktif dan nakal, tetapi pandai pula mengambil hati. Tatkala saya marah atau terasa hati dengan mereka, pandai mereka memujuk dan memb0dek2. Alahai...
Suasana mengajar rupa2nya tidak semudah yang disangka, sememangnya tersangat mencabar dari aspek JERI saya... Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek... huhu
Kini, prektikum saya hampir sampai ke garisan penamatnya. Segala ilmu yang dapat saya kutip sepanjang berada di sekolah, akan saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Saya pasti akan merindui gelagat adik-adik pelajar yang nakal2, gila2, p0y02, c0mel2, ensem2....

Yeahhhhh!! Balik kampung...... -------à 20 0kt0ber 2012 n___n


Tuesday, May 22, 2012

“ Zaman kanak-kanak”

Aku yakin bahawa semua orang mempunyai kenangan pada zaman kanak-kanak bukan? Kenangan yang tidak mungkin dapat diputarkan kembali. Bila dikenangkan, terasa sungguh rindu untuk ke zaman tersebut, zaman di mana kita semua bergembira, suka dan duka dikongsi bersama dengan teman-teman sebaya, tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang merumitkan dan tidak ada sebarang konflik atau pertikaian seperti sekarang ini. Bila dikenang kembali, indahnya saat itu...
Aku dibesarkan di kampung halaman yang tercinta. Membesar bersama adik beradik, sepupu2 dan rakan2 yang seangkatan serta hidup berjiran membuatkan kami rapat dan menjadi seperti sebuah keluarga yang besar. Cerita zaman kanak-kanak kami sungguh nakal dan memeningkan kepala semua orang di sekeliling, terutamanya ma dan abah... hehehe
Masih kuingat lagi saat kami semua bermain p0nd0k-p0nd0k di hadapan rumah. Bertindak sebagai peniaga makanan (akulah...haha), ada yang menjadi penjual sayur (habis bunga2 mak aku kena kebas..keh4), ada yg jadi tukang beli, tukang rasa pun ada, kami bermain sampai lewat petang, kadang2 sampai terlupa nak makan...keh4... Penat main masak2, kami main kejar2, main buaya2, s0r0k2, teng2, p0lis pencuri, d0kt0r2, main getah, hantu2, tarik upih, main guli, baling selipar, congkak, dan banyak lagilah... Kalau tiba waktu 0rang kampung menuai padi, kamilah yang paling sibuk... Bukan apa, nak pergi tangkap ikan dekat baruh...hehe untung2 dapat ikan puyu, haruan, kutip siput + mandi parit (ini yang paling sy0k!) haha
Waktu malam pula, kami sama2 naik basikal pergi mengaji dekat masjid (dekat saja). Sebelum maghrib kami pergi, jadi boleh solat maghrib berjemaah... Lepas solat, kami mengaji dgn t0k guru (kami panggil T0k Wan). Mengaji kejap2 aje sebab kami ramai, yang bestnye lepas mengaji adalah aktiviti nakal kami semua...hehehe... Main s0r0k2lah, main batu seremban, main buaya2, tangkap ketam dalam parit, tak pun pergi kedai beli ‘cikedis’... Waktu nak balik rumah, selalu aje kami kena sakat dgn budak2 lelaki kat tepi jalan. Mereka buat p0c0ng tiruan, k0n0n2 nak takutkan kami (mmg takut pun, kemain pecut basikal laju2 haha) n___n Kalau time puasa lagilah... kami siap bawa mercun lagi... Dulu main bunga api yang warna merah dengan mercun mancis je... Sampaikan terlepas s0lat terawih... Tp, waktu m0reh, laju je kami duduk bersila menunggu.. hehehe
Time raya pula, kami akan berkumpul ramai2, pastu kami mulalah berjalan menuju ke rumah2 0rg kg... Kebanyakannya kami kenal sbb 1 kg kan... Tp, ada 1 rumah yg besar dekat dgn rumah kami, rumah tu mmg misteri (kami yang cakap) sebab rumah tu mcm tak ada 0rg je.. Rumah bukan main lagi besar, tp ada 2 0rg je yg tinggal kat situ (ada org ckp)... Bila pergi beraya rumah dia, bukan main lama kami bagi salam, last2 balik je sebab salam kami tak bersambut.. Mak cakap kalau kita bagi salam 3 kali, tapi masih tak ada org jawab, balik je...=,= huh melepas duit raya, ingat2 b0lehlah seringgit 2...haha... 
Lepas tu, kami terus berjalan dari satu rumah ke satu rumah yg lain, dgn harapan dapat tambah duit raya... Lepas je salam tuan rumah dan dpt duit raya, kami terus minta diri. Tak sempat nak makan apa2 pun... Duit raya yang penting!.. hehehe...
Apabila dikenang kisah-kisah lama, baru kutahu betapa indahnya ukhuwwah itu... ‘PERSAHABATAN’ yang terjalin ini bukan atas dasar dunia semata-mata, tetapi atas dasar agama Allah...
Ya Allah, aku rindu akan ini semua... (^__^)

Tuesday, May 1, 2012

~Calon Suami yg boleh dibuat suami~

Bl0g saya nie mmg untuk p0st bende2 cegini je k0t….Jiwang2…haha….saje jer, kalau update bab2 ilmiah gak, nanti dgn saya2 skli mls nk layan, pastu b0ring nk baca, tup2 berSARANG sebab mls nak update…tau dah kan….hehe.
Xpe2, bl0g nie mmg saya buat untuk suka2 aje…saje tgn nie gatal nk menaip, fikiran nie nak menerawang jauh, berimaginasi melebihi kemampuan diri..mampukah??? perlukah?? bolehkan??? haha Iye2 aje… >_<
Hari nie ambe nak tulis  pasal cal0n.. CAL0N??? Tgk tjuk kat atas pun dah tau kan… Pasal cal0n suami a.k.a cal0n laki….haaha
Nak cari cal0n pun kena cari yang lekl0k jugak… Jangan main redah aje… Asal nampak SMART, terus berkenan… Asal tgk kaya aje, terus 0N..
Kat bawah nie ada ar list ciri2 cal0n yang b0leh dibuat Suami… Meh intai2 jap… K0t2 mmg dah ada kat batang idung pakwe k0rang…keh4



Nie spesifikasi :

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja: Gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: Motor kapcai dah cantik. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau jarak kira2 40 batu.
4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik hati, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia faham kamu, kamu paham dia. Faham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."
10. Belajar setakat SPM je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, takdelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun, takdelah sampai dia mengata2 org lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sgt awek cun, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cun.
17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat2 makan yg pelik. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak dan seangkatan dengannya. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih juga la. Masa muda2 dia takde la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia aje.
2o. Dia sentiasa nak berubah menjadi lebih soleh dari sehari ke sehari...

c0py & paste... n__n
sumber---> kurang pasti!
p/s ----> Semoga Allah kurniakan saya seseorang yang baik seperti ayah agar saya juga mampu maintain kuat seperti mak... n__n




Sunday, April 29, 2012

Di Manakah Kebahagiaan???


Kebahagiaan... urmmm...bercakap mengenai KEBAHAGIAAN, sememangnya semua orang impikannya bukan? Haruslah! Xde sesiapa pun yang nak hidup dalam kedukaan, kesepian, kesengsaraan kan?? Kalau ada pun, memang dia seorang yang BERMASALAHlah...haaa


 Sejujurnya, kebahagiaan bukan untuk dicari sebab bahagia tak ada tempat atau alamat pun...betul...betul...betul... Tetapi, keBAHAGIAan perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya...

Meh cuba tutup mata, dan fikirkan yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini sebab diberi satu lagi kesempatan untuk bernafas dan membolehkan kita untuk terus beribadah padaNYA.
ALHAMDULILLAH.....

Jadi, j0m le kita pakat2 percaya bahawa pasti ada sinar kebahagiaan yang akan menyinari kehidupan kita sekiranya kita rasa hidup ini bukan hanya untuk kepuasan diri semata-mata, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti kepada makhluk lain di atas muka bumi yang sementara ini.

Ujian yang mendatang, memang kita kena harungi... Seboleh-bolehnya, jangan merungut 0k, sebab UJIAN ini bukanlah penyebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa.
 Ujian ini akan membuatkan hidup kita lebih tabah dan matang... Sejujurnya, hidup ini tidak lama, S0... Jangan bazirkan dengan air mata kita. H0h!

INGAT !! Seminit kita bersedih, kita sudah bazirkan 60 saat untuk mengecapi rasa bahagia ! RUGI2.. n__n

~SENYUM S0KM0~


Sunday, April 22, 2012

@ buntu, keliru, celaru @


AWAK
Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta... Saya bukannya tidak suka, bahkan jauh sekali ingin MEMBENCI... Saya cuma TIDAK KUAT ingin menolak rasa yang kadang2 datang menerpa, dan sbb itu saya MELARIKAN DIRI sbb saya tahu saya bukanlah seorang WANITA yang TEGUH IMANNYA di hati. Saya cuma hamba yang kadangkala jatuhnya tidak diingini, dan saya tahu memang teramat sukar untuk AWAK mengerti!

Yang saya tahu, ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan kedua-duanya, dan bukannya hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi kedua-duanya untuk BERSATU...

Tetapi, kadangkala dalam mencari PEMILIK HATI, kita tidak sedar yang sebenarnya dia sudah ada di DEPAN mata kita. Mungkin kita tidak sedar sebab kita tidak pernah rasa kehilangan dan mungkin kita tidak tahu sebenarnya, ataupun kita KELIRU kepada siapa yang kita suka...

Wednesday, April 4, 2012


KIDAL??? Urmmm... Aku ler tuhh!!! Ape itu kidal??? Aku Kidal??....ala...mksudnya, aku lebih menggunakan tgn kiri berbanding tgn kanan... Nak buat macam mane, masa aku kecik2 dulu, ma ngn abah aku tak didik pun aku suruh gunakan tgn kanan..Kalau time tu ma ngn abah aku bedal ke, hempuk ke atau bagi penyekeh kat aku sbb aku guna tgn kiri, mungkin aku tak kidal k0t ..haha iye2 aje...  

Tup2 bila dah besar, baru aku perasan...aikk, apsal aku guna tgn kiri??? Hahhh??? 0k fine!! n__n

Alaaa..Kakak dgn adik aku pun kidal jugakkk... Tp, ma ngn abah kit0rg tak kidal pon... Dari gen datuk kami k0t... Huhu

Tapi, masa zaman muda2 dulu, wahhhh! Tp skrg blum tua lagi, baru aje masuk peringkat dewasa...haaaha... ramai yg tegur (kawan2) Apasal k0 tulis tgn kiri?? KEK0K aje aku teng0k.. Urmmm nk buat mcm mane, nasibbb.. =,=



Pernah jugak aku cuba2 mnulis mggunakan tgn knan, tp rasa mcm KAKU k0t! Keras semacam aje tgn aku....hahhh!!
Smpai skrg, aku tak pndai2 pun nak gunakan tgn knn untuk menulis....kalau tulis pun, tulisan dia... mak aiii!!!! C0mel lagi tulisan budak2 tadika depan rumah aku....
Haha, redha jelah dgn ANUGERAH ni!

Dah nak buat camne??? Mmg sejak azali gituuuu, dah takleh ubah woo... So, kepada yang kidal tu, berBANGGAlah ye....

Tapi, 0rg kidal ni AGAK UNIKlah jugak..
Tapi, apa yg uniknyer???? 0rg kata, si kidal nie KREATIF...iye ke?? Aku??? Kreatif kut...keh4... Tp yg bestnye, time duk makan nasi ke, makan megi ke, makan jelah ape2 pun, aku el0k aje duk berFACEB00K sambil makan2...

W/pun 0rg ckp kalau gna tgn kiri, nmpk mcm k0t0r, tp aku PASRAH DENGAN KETENTUAN! Cewahhh... blah arr!!

Hehe.. Chowwwww.



Friday, March 30, 2012

~ Cinta M0nyet, ingat lagi ke??? ~


Eisseeyyy.... Tiba2 ingatanku terhadap DIA menjengah dihati. Kdg2 tertanya2 juga, kat mana  dia skrg niee???
Adalah dlm 5 tahun yg lepas, DIA boleh dikatakan ‘AGAK’ istimewa di mata aku..

0kk... maybe DIA seorg yg baik, ambil berat & AGAK hensem, & tipulah kalau aku ckp yg aku x ttarik kat DIER... TAPI ITU DULU !

Dah ler dulu kami berada dalam kelas yang sama, dan ini membuatkan kami kenal dgn perangai dan tingkahlaku masing2, walaupun masing2 ada perangai tersendiri..Tp, time sk0lh dulu, aku nie pemalu sikit...Hahhh?? Iye lah tu! 
Mmandangkan kit0rg nie pengawas sk0lh, adelh s/u pengawas (kwn kit0rg) yg memandai2 aje setkan kit0rg berdua jdi MC masa perhimpunan hari ahad... Hampeh betul kawan tu... Saje je nak memain... 

Kawan2 sekelas pun tahu pasal kami, cikgu2 pun kemain myibuk..nk k0rek rahsia jugakk.. heisshh (Cgu Azizah + Cgu R0zita yg plg nak tahu pasal kit0rg) alahaiii...

Tapi, itu kisah dulu...time2 muda remaja...Ianya hanyalah sebahagian daripada kenangan yang pernah singgah di sanubari, seperti angin yang bertiup dan berlalu pergi...fuh...fuh..fuh... “CINTA M0NYET” kan.. Semua tu tak ke mana pun....

 PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA




Kini, semuanya telah berlalu... kit0rg dah lama tak berhubung. Tp, bru2 nie, dia muncul kembali... 

Aku senang dengan cara aku skrg nie... Hidup tanpa insan bergelar ‘b0yfriend’ tak perlu k0t... Aku sudah cukup bahagia dengan apa yang aku ada skrg nie.. Aku ada keluarga, teman2, dan yang penting aku ada ALLAH sbgai tempat aku mengadu...
Sentiasa bersangka baik dengan takdir...
Aku yakin, ALLAH ada perancangan yang baik untuk aku...

~SEMOGA AKU SENTIASA HIDUP DALAM REDHA ALLAH~

Thursday, March 29, 2012

~Aku??Darah B???Diet??~

Darah jenis B??? Aku ler nie ^__*... Tp xtau pulak ikut ma atau abah... xtanya pun....Biarlah..Yg aku tahu, makhluk berdarah ‘B’ nie lebih FLEKSIBEL dan terSANGAT mudah menghidap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus. Wahhhh!!! Jd, aku disarankan (cecece... Bagi kita2 yg berdarah B nie lah) disarankan agar mengambil sayuran hijau dgn kadar yg LEBIH sebab sayur hijau ni kaya dengan magnesium. Kita jugak diGALAKkan untuk mengambil makanan berasaskan buah-buahan...Belasah aje semua jenis buah...Abis citer..... :D... Satu lagi!!! Makanan berasaskan susu juga terSANGAT digalakkan bagi meningkatkan sistem imunisasi badan kita...Ye k0t... Nsib baik aku suka minum susu...hehe...
TETAPI....
 ada jugak yg tak boleh makan...... APAAAAA????? Jeng3....ELAKkan makanan beku atau makanan dalam tin dan juga perlu KURANGkan makan daging...Amb0iii!!! huh!! Ada lagi??? KURANGkan makan ayam, ketam, udang, kerang, telur (puyuh + itik) telur ayam xpe kot...heeee, segala jenis minyak, kelapa, santan, soya, kekacang, tempe (febret nie...huh!!!), tauhu, makanan berasaskan gandum, jagung, lobak, tomato dan jagung...Fuhhhh!!! BANYAKnya takleh makan!!!! S0b.. s0b.. s0b...
J0M BERDIET! HAHA

Wednesday, March 28, 2012

memilih atau dipilih????

Kita HIDUP memiliki DUA PILIHAN iaitu, MEMILIH atau DIPILIH...
Jika KITA
MEMILIH,
PILIHlah yang terBAIK untuk KITA...
Dan,
Jika KITA
DiPILIH,
Maka JADIlah yang terBAIK untuk SEMUA ORANG...
p/s -----> Saya nak jadi yang terbaik buat semua orang... Baik buat keluarga, sahabat, teman sejati, dan yang paling penting buat Allah S.W.T.. InsyaAllah

Tuesday, March 27, 2012

----> Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba <----

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...

Monday, March 26, 2012

~Indah bila semuanya dalam redha Allah S.W.T~

Sebaik-baik harapan dan impian adalah apa yang diniat dan disandarkan kerana Allah dan berharap agar Allah mempermudahkan segalanya. Mari kita belajar sandarkan kehidupan kita kepada-Nya. Hati lebih tenang, langkah lebih teratur.





Ya Allah, hanya redhaMu sahaja yang kuharapkan. Amin. 


Tuesday, March 20, 2012

~Prektikum oh prektikum~


Dup dap dup dap....wahhhhh!! Debarannya kian terasa....Mcm nak kahwin ler pulak bulan 6 nie....uiks...'


Camne ler nanti, dapat ke aku melaluinya dengan sebaik mungkin...Perasaan gementar mmg tak boleh nak ckp ar, had0oooiii...


SMK Selinsing, Semanggol, Perak! <------- sek0lah yg aq nk g nie...


Ada ex-student sekolah nie ckp, pengetua dia X SPORTING! guru2 0k aje, tp student2 dia mak aiiii NAKALLLLLL!!


Agak2, boleh ke aku handle masalah2 yg menimpa nanti ... >__<

Ayy00kkkk HATI BANYAK RUNGSING L0RH =,=


~Sahabat dan Kesetiaan~



~Sahabat sejati umpama pohon yang rendang dan tempat untuk kita berteduh...Sahabat sejati juga umpama haruman kasturi yang mewangi...Sahabat sejati adalah sahabat rapat yang dapat membawa kita ke arah kebaikan, yang dapat menjadi pendengar yang setia dan  sentiasa ada ketika kita memerlukan sama ada susah atau senang. Pepatah ada mengatakan teman ketawa senang dicari, tetapi teman menangis sukar dicari.
Dalam hidup ini,kita kena pandai pilih sahabat...bukan 'kawan' tapi 'SAHABAT'... Kawan ada dimana-mana, tetapi sahabat sangat sukar dicari.... Sebab apa? sebab kawan adalah orang yang kita kenal, yang ada bersama kita ketika kita senang dan gembira... Tetapi SAHABAT, sentiasa ada disamping kita dikala kita susah, senang, kaya, miskin, sedih, gembira dan dalam apa jua keadaan.

p/s---> Syukur saya mempunyai sahabat sejati... Susah dan senang kami harungi bersama... Semoga persahabatan kami kekal selamanya... Terima kasih sahabatku....



Monday, March 19, 2012

~Hindustan terapi pemikiranku...haha ~

Bila aku bosan (tak ada kerja/esaimen), aku akan layan video klip hindustan.. Nak download malaslah pula, ditambah dgn line mcm siput nie... Tp, aku rasa bukan aku sorang je yg gila duk layan cerita2 dan  lagu2 hindustan nie...kawan2 aku pun ramai yg duk layannnnnn..... :D

Pelakon hindustan mmg lawa2 beb, hero pulah fuhhhh smart habisss... Kalau time nyanyi mmg syok lah... Lagu dia, perghhhh lentok w/pun dah tahu bukan diorang yang nyanyi... haha

1pelakon nie aku memang minat habislah.... "RANI MUKHERJEE"... Sejak dulu smpai skrg aq minat dia....^__^ waaahhhhhhhhh 
slalunye, kalau dalam filem nama femes dia PRIYA tak pun P00JA.. 



Biodata
Name: Rani Mukherjee
Born: March 21, 1978
Zodiac Sign: Aries
Height: 5' 3"
Eye Color: Light Brow
Hair Color: Black
Birth Place: West Bengal, India
Nationality: Indian
Occupation: Actress
Religion: Hindu
Education: High School: cooper High School (Juhu, Mumbai,India)
Marital Status: Single
Family:
Father: Ram Mukherjee (Director)
Mother: Krishna Mukherjee
Brother: Raja Mukherjee
Hobbies: Dancing
Address: B/405, Shakti Apartments, Kalyani Complex, Yari Road,
Versova, Mumbai - 400061
Favourites:
Actor: Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Shah Rukh Khan, Govinda
Actress: Nargis, Mala Sinha
Car: The Opel Astra
Hollywood Movie: Titanic
Perfumes: Polo Sport
Likes: Comic Archie and Donald Duck
Other facts: Her beauty secret is that she soaks herself with moisturizer


" Rani is the best...she is simple, a great actress and she's got a nice smile" (perghhh speaking lah pulah, tp ayat ntah betul ntah salah)...bedal jelah Labuuu... (n__n)
  
Cerita yg aku paling suka tgk -----> mujhse Dosti karoge


~Filem yg aku suka layan:
Kuch Kuch Hota Hai,
Hello Brother
Har Dil Jo Pyar Karega
Kahin Pyaar Na Ho Jaaye
Chori Chori Chupke Chupke
Mujhse Dosti Karoge
Saathiya
Chalte Chalte
Hum Tum
Bunty Aur Babli
kabhi Alvida Naa Kehna
Dil Bole Hadippa

Yang ni salah satu lagu kegemaran (n__n)