Pejam
celik pejam celik dah nak abis prektikum saya... sedar tak sedar, saya akan
meninggalkan SMK Selinsing tak lama
lagi. rasa baru aje semalam saya masuk dan lapor diri kat pejabat (haha p0y0
aje, padahal xsabar dah ni nak habiskan prektikum) hehe
Sepanjang hampir 4 bulan berada di
sekolah, banyak suka dan duka telah saya harungi. Awal2 jadi guru prektikal,
perasaan takut, malu, teruja, gembira, excited, dan lain2 memang penuh kat dada
dan minda ni. Hari 1st lap0r diri, dah dapat jadual relief. Masuk2
kelas, huaaaa malu w0ooo...semua student duk tenung saya... tapi, saya
p0sitifkan diri, dan mula menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Bermula
pada hari itu, hubungan saya dengan para pelajar sangat baik, dan b0leh
dikatakan hampir semua pelajar SMK Selinsing ini baik dengan saya.
Para
pelajar sangat berbudi bahasa dan menghormati saya sebagai seorang guru, walaupun
saya hanyalah sekadar guru prektikum (bajet ayat t0uching) keh4.... Saya diamanahkan
mengajar subjek major, iaitu BM
tingkatan 2A2 dan 2A3.
2 kelas ini tersangat berbeza, kelas 2A2 boleh dikatakan
sedikit matang berbanding kelas 2A3. Kelas 2A2 tidak susah untuk dikawal kerana
mereka mendengar kata, tetapi kelas 2A3, huh!! Jem kepala, naik darah, stress
sesangat. Pelajarnya terlalu aktif dan nakal, tetapi pandai pula mengambil
hati. Tatkala saya marah atau terasa hati dengan mereka, pandai mereka memujuk
dan memb0dek2. Alahai...
Suasana mengajar rupa2nya tidak semudah yang disangka,
sememangnya tersangat mencabar dari aspek
JERI saya... Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek... huhu
Kini, prektikum saya hampir sampai ke garisan penamatnya. Segala
ilmu yang dapat saya kutip sepanjang berada di sekolah, akan saya manfaatkan
dengan sebaik-baiknya. Saya pasti akan merindui gelagat adik-adik pelajar yang
nakal2, gila2, p0y02, c0mel2, ensem2....
Yeahhhhh!! Balik kampung......
-------à 20
0kt0ber 2012 n___n